CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 22 Julai 2009

Gempar dan Syukur!!!


Dua tiga minggu ni kami di Pantai Timur SABAH dilanda kebimbangan gara-gara tersebar email dan berita mengenai TSUNAMI yang dijangka berlaku pada hari ini.Ianya akibat gerhana matahari Penuh yang melanda kawasan asia.Akan berlaku pergerakan Plak dasar bumi di Jepun yang akan mengakibatkan goncangan yang kuat pada permukaan laut...Sebagai Umat islam kami hanya mampu berserah padanya dengan Ramalan ini..Memang benar Gerhana berlaku pada hari ini.22.07.2009..Tetapi tiada sebarang amaran tsunami dari pihak berwajib.Manakala apa yang dirasai hari ini adalah Cuaca dan iklim yang sangat nyaman seperti zaman-zaman 80 an dahulu..tidak panas terik atau mendung...sangat ceria...Apa yang penting Gerhana dan fenomena alam adalah tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah..Manusia hanya mampu memerhati dan meramal.Apa pun Syukur Al-Hamdulillah kerana tiada fenomena buruk yang terjadi di negara kita..Yang ada gambaran untuk manusia melihat fenomena gerhana yang amat menakjubkan...

0 ulasan: