CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 30 Julai 2009

Tempat yang paling suci di muka bumi


InsyaAllah suatu hari nanti aku akan datang kepadamu...

Azim terkini..




Lain pulok wajah azim bila botak nih..sekali tengok macam Agasi..he.he...

Rabu, 22 Julai 2009

Gempar dan Syukur!!!


Dua tiga minggu ni kami di Pantai Timur SABAH dilanda kebimbangan gara-gara tersebar email dan berita mengenai TSUNAMI yang dijangka berlaku pada hari ini.Ianya akibat gerhana matahari Penuh yang melanda kawasan asia.Akan berlaku pergerakan Plak dasar bumi di Jepun yang akan mengakibatkan goncangan yang kuat pada permukaan laut...Sebagai Umat islam kami hanya mampu berserah padanya dengan Ramalan ini..Memang benar Gerhana berlaku pada hari ini.22.07.2009..Tetapi tiada sebarang amaran tsunami dari pihak berwajib.Manakala apa yang dirasai hari ini adalah Cuaca dan iklim yang sangat nyaman seperti zaman-zaman 80 an dahulu..tidak panas terik atau mendung...sangat ceria...Apa yang penting Gerhana dan fenomena alam adalah tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah..Manusia hanya mampu memerhati dan meramal.Apa pun Syukur Al-Hamdulillah kerana tiada fenomena buruk yang terjadi di negara kita..Yang ada gambaran untuk manusia melihat fenomena gerhana yang amat menakjubkan...

Khamis, 16 Julai 2009

Malang Tak Berbau...

Kelmarin petang sedang sibuk kami buat persediaan untuk klinik tenis..tiba tiba ramai murid termasuk GB berkerumun dekat net post Tenis...ingatkan pakat nak kenal raket tenis atau bola tenis...rupanya ada seorang murid berlumuran darah dan dalam kesakitan...terkejut sakan den..terus teringatkan anak den..cepat-cepat cari Along...tanya along kenapa dengan abang tu...Katanya murid tu tertimpa tiang gol kat padang....terlintas dihati denn"panjang umur budak ni...coz pernah berlaku kalau tak silap 2 tahun dulu di pahang ,ada murid mati tertimpa tiang gol,di Terengganu,ada yang mati tertimpa pagar sekolah dan macam-macam....apa-apa pun kesian budak tu...Tiang Gol tu tak sepatutnya begitu,sangat bahaya...nasib baik masuk hospital je...kalau masuk kubur,panjang cerita semua kakitangan kat sekolah den...Ingatkan pagi tadi ada le yang baringkan tiang gol yang satu lagi tu..rupanya masih berdiri menunggu mangsa...Dengan satu niat dan kebimbingan yang tinggi...tadi petang den terus tumbangkan tiang gol ke bumi supaya tiada lagi malapetaka ....

Jumaat, 3 Julai 2009

AZIM MENGANTUK

video

Biginilah saat-saat seorang kanak-kanak mengantuk...dulu tidak ada kemudahan untuk mak bapak kita rakamkan memori untuk anak-anaknya..tetapi kini apa sahaja bentuk memori dapat didokumentasikan dengan pelbagai cara...semuanya itu adalah dengan kehendak Allah..Kita harus bersyukur dan menggunakan segala kemudahan untuk kebaikan.Sebenarnya segala kemudahan tersebut telah tersedia ada sejak penciptaan langit dan bumi lagi..Cuma pada masa itu manusia belum mencipta alat untuk mendapatkannya...umpama ikan di laut..memang Allah telah jadikan lama sudah...cuma manusia mereka dan mencipta alat untuk menangkap pelbagai jenis ikan di pelbagai tahap kedalaman dan suhu laut.begitu juga dengan kemudahan telekomunikasi atau IT..Jangan kita merasa ujud pada manusia zaman sekarang yang canggih-manggih semata-mata.Ianya hanya dipelopori dan digunakan oleh kita hasil penerokaan dan kesungguhan manusia untuk merungkai hanya secebis zarah dari ilmu Allah yang maha luas...semakin hari semakin jelaslah apa yang dikatakan bahawa amalan kita akan ditayangkan kepda kita oleh para malaikat tanpa tertinggal secebis zarah pun kepada kita ..Maka yakinlah kita dengan janji Allah dan sentiasa bergantung harap dan menyerah diri kepadanya supaya kita menjadi manusia yang sentiasa mengingatinya pada setiap masa..Ingat pesan Baginda Rasul"بلغ عني ولو الاية_"sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"

H1N1 angkara Yahudi


Tak lama lagi, penawar Selsema Babi akan beredar di seluruh dunia. Dulu Selsema Burung, kini Selsema Babi. Pengarah filem blockbuster ini akan terus mainkan peranannya. Pelakon utama akan terus beraksi. Penawar Selsema Babi diumumkan oleh Barack Obama sebagai Tamiflu. Dari mana datangnya Tamiflu ini? Ia dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh zionis yahudi, yang mana salah seorang pemegang saham terbesar ialah Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Menarik bukan? Filem Blockbuster antarabangsa ini ditayangkan secara percuma di rangkaian media antarabangsa. Itulah konspirasi antarabangsa zionis untuk mengawal dunia sekaligus mengaut keuntungan atas kesengsaraan penduduk dunia. Rumsfeld merupakan ahli aktif dan orang berpengaruh dalam Syarikat Gilead Science(salah seorang Lembaga Pengarahnya), pengeluar utama vaksin Tamiflu, penawar kepada selsema babi yang kemudiannya dikenali sebagai H1N1 ataupun Influenza A.

Kita harus mengetahui bahawa Gilead Sciences merupakan syarikat milik Zionis Yahudi. Gilead itu sendiri bahasa Hebrew yang membawa makna,”Tempat Suci” (Holy Place).

Dr. Ali-Reza Mehrabi, Shaid Beheshti University mendakwa bahawa Rumsfeld telah membeli saham baru syarikat Gilead Sciences pada tahun lalu dengan nilai US18 billion dolar.

Katanya lagi, “Kalau kita terima tanggapan bahawa kerja-kerja yang dikendalikan di Makmal di Mexico, sama ada di ladang ternakan babi atau tempat lain, adalah menjadi fakta bahawa penyakit itu tersebar sama ada kerana kesilapan manusia, menunjukkan bahawa memang Amerika Syarikat sedang menjalankan eksperimen di negara pinggiran(Mexico), sebagai ganti negaranya sendiri. Dalam kes ini(selsema babi), Amerika Syarikat mungkin hilang kawalan (terhadap penyebaran virus itu).”


……………………………………………

Percaya ? Terpulang kepada anda…Pendedahan ini dibuat oleh Dr. Ali-Reza Mehrabi ketika ditemuramah oleh Iranian TV yang disiarkan ke udara pada 6 Mei 2009 lalu

Nasihat Ibnu Qayyim

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

Hikmat Wudhuk

Sabda Rasulullah (s.a.w)

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dlm keadaan bersih dari dosa"

[Hadith Riwayat Muslim]

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2.Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3.Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..

5.Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri

Siapakah yang Rugi dan Siapa yang Untung

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Khamis, 2 Julai 2009

Always ilallah!


Jadilah kita manusia yang sentiasa mengingati Allah ketika berdiri,duduk,atau baring...

Rabu, 1 Julai 2009

Hobi Dan Minat Penulis


Inilah geng-geng Tenis ku.mereka semua tu guru besar..aku je guru kecil!!..yang berpengkalan di Tawau..Best kat sana tu banyak gelanggang dan sparing..mereka ni adalah sebahagian dari kenalanku akibat main tenis..tidak ada game lain yang paling aku minati kecuali permainan TENIS..dulu-dulu inilah permainan yang paling aku tak suka..tapi sekarang ketagih!.nak tahu kenapa cubalah...dalam permainan ni kita belajar kawal perasaan,pemikiran dan emosi dengan betul..kalau tak! tak yah main le...yang paling penting bagus untuk kardiovaskular dan Very Friendly...boleh rapat dengan golongan elit dan berpengaruh kalau kita boleh improve permainan ni...apap-apa pun memang best...

Happy BirthDay Ummi


Selamat Hari jadi Ummi yang ke 31,Semoga keluarga kita sentiasa dalam Rahmat dan Kasih sayang Ilahi....Mahabbatillah