CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 3 Julai 2009

AZIM MENGANTUK



Biginilah saat-saat seorang kanak-kanak mengantuk...dulu tidak ada kemudahan untuk mak bapak kita rakamkan memori untuk anak-anaknya..tetapi kini apa sahaja bentuk memori dapat didokumentasikan dengan pelbagai cara...semuanya itu adalah dengan kehendak Allah..Kita harus bersyukur dan menggunakan segala kemudahan untuk kebaikan.Sebenarnya segala kemudahan tersebut telah tersedia ada sejak penciptaan langit dan bumi lagi..Cuma pada masa itu manusia belum mencipta alat untuk mendapatkannya...umpama ikan di laut..memang Allah telah jadikan lama sudah...cuma manusia mereka dan mencipta alat untuk menangkap pelbagai jenis ikan di pelbagai tahap kedalaman dan suhu laut.begitu juga dengan kemudahan telekomunikasi atau IT..Jangan kita merasa ujud pada manusia zaman sekarang yang canggih-manggih semata-mata.Ianya hanya dipelopori dan digunakan oleh kita hasil penerokaan dan kesungguhan manusia untuk merungkai hanya secebis zarah dari ilmu Allah yang maha luas...semakin hari semakin jelaslah apa yang dikatakan bahawa amalan kita akan ditayangkan kepda kita oleh para malaikat tanpa tertinggal secebis zarah pun kepada kita ..Maka yakinlah kita dengan janji Allah dan sentiasa bergantung harap dan menyerah diri kepadanya supaya kita menjadi manusia yang sentiasa mengingatinya pada setiap masa..Ingat pesan Baginda Rasul"بلغ عني ولو الاية_"sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"

0 ulasan: